Pada
suatu hari, kota Madinah sedang aman dan tenteram, terlihat debu tebal
yang mengepul ke udara, datang dari tempat ketinggian di pinggir kota;
debu itu semakin tinggi bergumpal-gumpai hingga hampir menutup ufuk
pandangan mata. Angin yang bertiup menyebabkan gumpalan debu kuning dari
butiran-butiran sahara yang lunak, terbawa menghampiri pintu-pintu
kota, dan berhembus dengan kuatnya di jalan-jalan rayanya.
Orang banyak menyangkanya ada angin ribut yang
menyapu dan menerbangkan pasir. Tetapi kemudian dari balik tirai debu
itu segera mereka dengar suara hiruk pikuk, yang memberi tahu tibanya
suatu iringan kafilah besar yang panjang.
Tidak lama kemudian, sampailah 700 kenderaan yang
sarat dengan muatannya memenuhi jalan-jalan kota Madinah dan
menyibukkannya. Orang banyak saling memanggil dan menghimbau menyaksikan
keramaian ini serta turut bergembira dan bersukacita dengan datangnya
harta dan rezeki yang dibawa kafilah itu.
Ummul Mu’minin Aisyah ra demi mendengar suara hiruk
pikuk itu ia bertanya, “Apakah yang telah terjadi di kota Madinah?”
Mendapat jawaban, bahawa kafilah Abdurrahman bin ‘Auf baru datang dari
Syam membawa barang-barang dagangannya. Kata Ummul Mu’minin lagi,
“Kafilah yang telah menyebabkan semua kesibukan ini?” “Benar, ya Ummal
Mu’minin, kerana ada 700 kenderaan!” Ummul Mu’minin menggeleng-gelengkan
kepalanya, sembari melayangkan pandangnya jauh menembus, seolah-olah
hendak mengingat-ingat kejadian yang pernah dilihat atau ucapan yang
pernah didengarnya.
Dan sebelum tali-temali perniagaannya dilepaskannya,
ditujukannya langkah-langkahnya ke rumah Aisyah lalu berkata kepadanya,
“Anda telah mengingatkanku suatu Hadits yang tak pernah kulupakannya.”
Kemudian ulasnya lagi, “Dengan ini aku mengharap dengan sangat agar anda
menjadi saksi, bahawa kafilah ini dengan semua muatannya berikut
kenderaan dan perlengkapannya, kupersembahkan di jalan Allah ‘azza
wajalla!” Dan dibahagikannya lah seluruh muatan 700 kenderaan itu kepada
semua penduduk Madinah dan sekitarnya sebagai perbuatan baik yang
sangat besar.
Peristiwa yang satu ini
saja, melukiskan gambaran yang sempurna tentang kehidupan shahabat
Rasulullah, Abdurahman bin ‘Auf. Dialah saudagar yang berhasil.
Keberhasilan yang paling besar dan lebih sempurna! Dia pulalah orang
yang kaya raya. Kekayaan yang paling banyak dan melimpah ruah. Dialah
seorang Mu’min yang bijaksana yang tak sudi kehilangan bahagian
keuntungan dunianya oleh kerana keuntungan agamanya, dan tidak suka
harta benda kekayaannya meninggalkannya dari kafilah iman dan pahala
syurga. Maka dialah ra yang membaktikan harta kekayaannya dengan
kedermawanan dan pemberian yang tidak terkira, dengan hati yang puas dan
rela.
Bila dan bagaimana masuknya orang besar ini ke dalam
Islam? Ia masuk Islam sejak fajar menyingsing. Ia telah memasukinya di
saat-saat permulaan da’wah, yakni sebelum Rasulullah saw memasuki rumah
Arqam dan menjadikannya sebagai tempat pertemuan dengan para shahabatnya
orang-orang Mu’min.
Dia adalah salah seorang dari delapan orang yang
dahulu masuk Islam. Abu Bakar datang kepadanya menyampaikan Islam,
begitu juga kepada Utsman bin ‘Affan, Zubair bin Awwam, Thalhah bin
Ubaidillah, dan Sa’ad bin Abi Waqqash. Maka tak ada persoalan yang
tertutup bagi mereka, dan tak ada keragu-raguan yang menjadi penghalang,
bahkan mereka segera pergi bersama Abu Bakar Shiddiq menemui Rasulullah
saw menyatakan bai’at dan memikul bendera Islam.
Dan semenjak keislamannya sampai berpulang menemui
Tuhannya dalam umur 75 tahun, ia menjadi teladan yang cemerlang sebagai
seorang mu’min yang besar. Hal ini menyebabkan Nabi saw memasukkannya
dalam sepuluh orang yang telah diberi khabar gembira sebagai ahli
syurga.
Dan Umar ra mengangkatnya pula sebagai anggota
kelompok musyawarah yang berenam yang merupakan calon khalifah yang akan
dipilih sebagai penggantinya, seraya katanya, “Rasulullah wafat dalam
keadaan redha kepada mereka!”
Segera lah Abdurrahman masuk Islam menyebabkannya
menceritakan nasib malang berupa penganiayaan dan penindasan dari
Quraisy. Dan sewaktu Nabi saw, memerintahkan para shahabatnya hijrah ke
Habsyi, Ibnu ‘Auf ikut berhijrah kemudian kembali lagi ke Mekah, lalu
hijrah untuk kedua kalinya ke Habsyi dan kemudian hijrah ke Madinah,
ikut bertempur di perang Badar, Uhud dan peperangan-peperangan lainnya.
Keberuntungannya dalam perniagaan sampai suatu batas
yang membangkitkan dirinya peribadi ketakjuban dan kehairanan, hingga
katanya, “Sungguh, kulihat diriku, seandainya aku mengangkat batu
nescaya kutemukan di bawahnya emas dan perak!”
Perniagaan bagi Abdurrahman bin ‘Auf ra bukan bererti
rakus dan loba. Bukan pula suka menumpuk harta atau hidup mewah dan
riak. Malah itu adalah suatu amal dan tugas kewajiban yang
keberhasilannya akan menambah dekatnya jiwa kepada Allah dan berkorban
di jalan-Nya.
Dan Abdurrahman bin ‘Auf seorang yang berwatak
dinamis, kesenangannya dalam amal yang mulia di mana juga adanya.
Apabila ia tidak sedang shalat di mesjid, dan tidak sedang berjihad
dalam mempertahankan agama tentulah ia sedang mengurus perniagaannya
yang berkembang pesat, kafilah-kafilahnya membawa ke Madinah dari Mesir
dan Syria barang-barang muatan yang dapat memenuhi keperluan seluruh
jazirah Arab berupa pakaian dan makanan.
Dan watak dinamisnya ini terlihat sangat menonjol,
ketika kaum Muslimin hijrah ke Madinah. Telah menjadi kebiasaan Rasul
pada waktu itu untuk mempersaudarakan dua orang shahabat, salah seorang
dari Muhajirin warga Mekah dan yang lain dari Anshar penduduk Madinah.
Persaudaraan ini mencapai kesempurnaannya dengan cara
yang harmonis yang mempesonakan hati. Orang-orang Anshar penduduk
Madinah membahagi dua seluruh kekayaan miliknya dengan saudaranya orang
muhajirin, sampai-sampai soal rumah tangga. Apabila ia beristeri dua
orang diceraikannya yang seorang untuk diperisteri saudaranya.
Ketika itu Rasul yang mulia mempersaudarakan antara
Abdurrahman bin ‘Auf dengan Sa’ad bin Rabi’. Dan marilah kita dengarkan
shahabat yang mulia Anas bin Malik ra meriwayatkan kepada kita apa yang
terjadi “… dan berkatalah Sa’ad kepada Abdurrahman, ‘Saudaraku, aku
adalah penduduk Madinah yang kaya raya, silakan pilih separuh hartaku
dan ambillah! Dan aku mempunyai dua orang isteri, cuba perhatikan yang
lebih menarik perhatian anda, akan kuceraikan ia hingga anda dapat
memperisterinya.’
Jawab Abdurrahman bin ‘Auf, ‘Moga-moga Allah
memberkati anda, isteri dan harta anda! Tunjukkanlah saja letaknya pasar
agar aku dapat berniaga!’ Abdurrahman pergi ke pasar, dan berjual
belilah di sana. Ia pun beroleh keuntungan.”
Kehidupan Abdurrahman bin ‘Auf di Madinah baik semasa
Rasulullah saw mahupun sesudah wafatnya terus meningkat. Barang apa
saja yang ia pegang dan dijadikannya pokok perniagaan pasti
menguntungkannya. Seluruh usahanya ini ditujukan untuk mencapai redha
Allah semata, sebagai bekal di alam baqa kelak.
Yang menjadikan perniagaannya berhasil dan beroleh
berkat kerana ia selalu bermodal dan berniaga barang yang halal dan
menjauhkan diri dari perbuatan haram bahkan yang syubhat. Seterusnya
yang menambah kejayaan dan diperolehnya berkat, kerana labanya bukan
untuk Abdurrahman sendiri, tapi di dalamnya terdapat bahagian Allah yang
ia penuhi dengan setepat-tepatnya, pula digunakannya untuk memperkukuh
hubungan kekeluargaan serta membiayai sanak saudaranya, serta
menyediakan perlengkapan yang diperlukan tentara Islam.
Bila jumlah modal niaga dan harta kekayaan yang
lainnya ditambah keuntungannya yang diperolehnya, maka jumlah kekayaan
Abdurrahman bin ‘Auf itu dapat dikira-kirakan apabila kita memperhatikan
nilai dan jumlah yang dibelanjakannya pada jalan Allah Rabbul’alamin!
Pada suatu hati ia mendengar Rasulullah saw bersabda,
“Wahai ibnu ‘Auf! Anda termasuk golongan orang kaya dan anda akan masuk
syurga secara perlahan-lahan! Pinjamkanlah kekayaan itu kepada Allah,
pasti Allah mempermudah langkah anda!”
Semenjak ia mendengar nasihat Rasulullah ini dan ia
menyediakan bagi Allah pinjaman yang balk, maka Allah pun memberi
ganjaran kepadanya dengan berlipat ganda.
Di suatu hari ia menjual tanah seharga 40.000 dinar,
kemudian wang itu dibahagi-bahagikannya semua untuk keluarganya dari
Bani Zuhrah, untuk para isteri Nabi dan untuk kaum fakir miskin.
Diserahkannya pada suatu hari 500 ekor kuda untuk
perlengkapan bala tentera Islam, dan di hari yang lain 1500 kenderaan.
Menjelang wafatnya ia berwasiat 50.000 dinar untuk jalan Allah, lain
diwasiatkannya pula bagi setiap orang yang ikut perang Badar dan masih
hidup, masing-masing 400 dinar, hingga Utsman bin Affan r.a yang
terbilang kaya juga mengambil bahagiannya dari wasiat itu, serta
katanya, “Harta Abdurrahman bin ‘Auf halal lagi bersih, dan memakan
harta itu membawa selamat dan berkah.”
Ibnu ‘Auf adalah seorang pemimpin yang mengendalikan
hartanya, bukan seorang budak yang dikendalikan oleh hartanya. Sebagai
buktinya, ia tidak mahu celaka dengan mengumpulkannya dan tidak pula
dengan menyimpannya. Bahkan ia mengumpulkannya secara santai dan dari
jalan yang halal. Kemudian ia tidak menikmati sendirian, tapi ikut
menikmatinya bersama keluarga dan kaum kerabatnya serta
saudara-saudaranya dan masyarakat seluruhnya. Dan kerana begitu luas
pemberian serta pertolongannya, pernah dikatakan orang, “Seluruh
penduduk Madinah bersekutu dengan Abdurrahman bin ‘Auf pada hartanya.
Sepertiga dipinjamkannya kepada mereka. Sepertiga lagi dipergunakannya
untuk membayar hutang-hutang mereka. Dan sepertiga sisanya diberikan dan
dibahagi-bahagikannya kepada mereka.”
Harta kekayaan ini tidak akan mendatangkan kelegaan
dan kesenangan pada dirinya, selama tidak memungkinkannya untuk membela
agama dan membantu kawan-kawannya. Adapun untuk lainnya, ia selalu takut
dan ragu.
Pada suatu hari dihidangkan kepadanya makanan untuk
berbuka, kerana waktu itu ia sedang shaum. Sewaktu pandangannya jatuh
pada hidangan tersebut, timbul selera makannya, tetapi ia pun menangis
sambil mengeluh, “Mushab bin Umair telah gugur sebagai syahid, ia
seorang yang jauh lebih baik daripadaku, ia hanya mendapat kafan sehelai
burdah; jika ditutupkan ke kepalanya maka kelihatan kakinya, dan jika
ditutupkan kedua kakinya terbuka kepalanya! Demikian pula Hamzah yang
jauh lebih baik daripadaku, ia pun gugur sebagai syahid, dan di saat
akan dikuburkan hanya terdapat baginya sehelai selendang. Telah
dihamparkan bagi kami dunia seluas-luasnya, dan telah diberikan pula
kepada kami hasil sebanyak-banyaknya. Sungguh kami khawatir kalau-kalau
telah didahulukan pahala kebaikan kami!”
Pada suatu peristiwa lain sebahagian sahabatnya
berkumpul bersamanya menghadapi jamuan di rumahnya. Tak lama sesudah
makanan diletakkan di hadapan mereka, ia pun menangis; kerana itu mereka
bertanya, “Apa sebabnya anda menangis wahai Abu Muhammad?” Ujarnya,
“Rasulullah saw telah wafat dan tak pernah beliau berikut ahli rumahnya
sampai kenyang makan roti gandum, apa harapan kita apabila dipanjangkan
usia tetapi tidak menambah kebaikan bagi kita?”
Begitulah ia, kekayaannya yang melimpah-limpah,
sedikitpun tidak membangkitkan kesombongan dan takabur dalam dirinya!
Sampai-sampai dikatakan orang tentang dirinya, “Seandainya seorang asing
yang belum pernah mengenalnya, kebetulan melihatnya sedang duduk-duduk
bersama pelayan-pelayannya, nescaya ia tak akan sanggup membezakannya
dari antara mereka!”
Tetapi bila orang asing itu mengenal satu segi saja
dari perjuangan ibnu ‘Auf dan jasa-jasanya, misalnya diketahuinya bahawa
di badannya terdapat dua puluh bekas luka di perang Uhud, dan bahawa
salah satu dari bekas luka ini meninggalkan cacat pincang yang tidak
sembuh-sembuh pada salah satu kakinya, sebagaimana pula beberapa gigi
seri rontok di perang Uhud, yang menyebabkan kecadelan yang jelas pada
ucapan dan pembicaraannya. Di waktu itulah orang baru akan menyedari
bahawa laki-laki yang berperawakan tinggi dengan air muka berseri dan
kulit halus, pincang serta cadel, sebagai tanda jasa dari perang Uhud,
itulah orang yang bernama Abdurrahman bin ‘Auf! Semoga Allah redha
kepadanya dan ia pun redha kepada Allah!
Sudah menjadi kebiasaan pada tabi’at manusia bahawa
harta kekayaan mengundang kekuasaan, ertinya bahawa orang-orang kaya
selalu tamak untuk memiliki pengaruh guna melindungi kekayaan mereka dan
melipat gandakannya, dan untuk memuaskan nafsu, sombong, membanggakan
dan mementingkan diri sendiri, yakni sifat-sifat yang biasa dibangkitkan
oleh kekayaan.
Tetapi bila kita melihat Abdurrahman bin ‘Auf dengan
kekayaannya yang melimpah ini, kita akan menemukan manusia ajaib yang
sanggup menguasai tabi’at kemanusiaan dalam bidang ini dan melangkahinya
ke puncak ketinggian yang unik.
Peristiwa ini terjadi sewaktu Umar bin Khatthab
hendak berpisah dengan ruhnya yang suci dan ia memilih enam orang tokoh
dari para shahabat Rasulullah saw sebagai formatur agar mereka memilih
salah seorang di antara mereka untuk menjadi khalifah yang baru.
Jari-jari tangan sama-sama menunjuk dan
mengisyaratkan Ibnu ‘Auf. Bahkan sebahagian shahabat telah menegaskan
bahawa dialah orang yang lebih berhak dengan khalifah di antara yang
enam itu, maka ujarnya, “Demi Allah, daripada aku menerima jabatan
tersebut, lebih baik ambil pisau lain taruh ke atas leherku, kemudian
kalian tusukkan sampai tembus ke sebelah!”
Demikianlah, baru saja kelompok enam formatur itu
mengadakan pertemuan untuk memilih salah seorang di antara mereka untuk
menjadi khalifah yang akan menggantikan al-Faruk, Umar bin Khatthab maka
kepada kawan-kawannya yang lima dinyatakannya bahawa ia telah
melepaskan haknya yang dilimpahkan Umar kepadanya sebagai salah seorang
dari enam orang calon yang akan dipilih menjadi khalifah. Dan adalah
kewajiban mereka untuk melakukan pemilihan itu terbatas di antara mereka
yang berlima saja.
Sikap zuhudnya terhadap jabatan pangkat ini dengan
cepat telah menempatkan dirinya sebagai hakim di antara lima orang tokoh
terkemuka itu. Mereka menerima dengan senang hati agar Abdurrahman bin
‘Auf menetapkan pilihan khalifah itu terhadap salah seorang di antara
mereka yang berlima, sementara Imam Ali mengatakan, “Aku pernah
mendengar Rasulullah saw bersabda, bahawa anda adalah orang yang
dipercaya oleh penduduk langit, dan dipercaya pula oleh penduduk bumi!”
Oleh Ibnu ‘Auf dipilihlah Utsman bin Affan untuk jabatan khalifah dan yang lain pun menyetujui pilihannya.
Nah, inilah hakikat seorang laki-laki yang kaya raya
dalam Islam! Apakah sudah anda perhatikan bagaimana Islam telah
mengangkat dirinya jauh di atas kekayaan dengan segala godaan dan
penyesatannya itu, dan bagaimana ia menempa keperibadiannya dengan
sebaik-baiknya?
Dan pada tahun 32 Hijrah, tubuhnya berpisah dengan
ruhnya. Ummul Mu’minin Aisyah ingin memberinya kemuliaan khusus yang
tidak diberikannya kepada orang lain, maka diusulkannya kepadanya
sewaktu ia masih terbaring di ranjang menuju kematian, agar ia bersedia
dikuburkan di perkarangan rumahnya berdekatan dengan Rasulullah, Abu
Bakar dan Umar.
Akan tetapi ia memang seorang Muslim yang telah
dididik Islam dengan sebaik-baiknya, ia merasa malu diangkat dirinya
pada kedudukan tersebut!
Pula dahulu ia telah membuat janji dan ikrar yang
kuat dengan Utsman bin Madh’un, yakni bila salah seorang di antara
mereka meninggal sesudah yang lain maka hendaklah ia dikuburkan di dekat
shahabatnya itu.
Selagi ruhnya bersiap-siap memulai perjalanannya yang
baru, air matanya meleleh sedang lidahnya bergerak-gerak mengucapkan
kata-kata, “Sesungguhnya aku khawatir dipisahkan dari sahabat-sahabatku
kerana kekayaanku yang melimpah ruah!”
Tetapi sakinah dari Allah segera menyelimutinya, lain
satu senyuman tipis menghiasi wajahnya disebabkan suka cita yang
memberi cahaya serta kebahagiaan yang menenteramkan jiwa. Ia memasang
telinganya untuk menangkap sesuatu, seolah-olah ada suara yang lernbut
merdu yang datang mendekat.
Ia sedang mengenangkan kebenaran sabda Rasulullah saw
yang pernah beliau ucapkan, “Abdurrahman bin ‘Auf dalam syurga!”, lagi
pula ia sedang mengingat-ingat janji Allah dalam kitab-Nya, “Orang-orang
yang membelanjakan hartanya dijalan Allah kemudian mereka tidak
mengiringi apa yang telah mereka nafqahkan itu dengan membangkit-bangkit
pemberiannnya dan tidak pula kata-kata yang menyakitkan, nescaya mereka
beroleh pahala di sisi Tuhan mereka; Mereka tidak usah merasa takut dan
tidak pula berdukacita.” (QS Al-Baqarah [2]:262)
Sumber : Buku Rijal Haular Rasul (Khalid Muh.Khalid)